Kelayakan Piala Dunia: Neymar jadikan Peru mangsa, hampiri rekod penjaring terbanyak Brazil 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Oktober 2020 5309
 Kelayakan Piala Dunia: Neymar jadikan Peru mangsa, hampiri rekod penjaring terbanyak Brazil 
Neymar menyamai rekod jaringan Ronaldo untuk menduduki senarai penjaring kedua terbanyak  Brazil selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika membenam Peru, sebentar tadi.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu mengambil tugasan sepakan penalti terbabit pada minit ke-28 untuk mereka melakar kemenangan dalam kelayakan Piala Dunia 2022 di Lima.

Pemain berumur 28 tahun itu kini merekodkan 62 gol dalam 103 perlawanan bersama skuad Samba tersebut untuk berdiri sebaris dengan pemain legenda, Ronaldo, sebagai penjaring kebangsaan terbaik sepanjang zaman.

Ronaldo memiliki koleksi 62 gol selepas terbabit dalam 98 perlawanan bersama Brazil.

Hanya Pele dengan 77 gol mempunyai bilangan jaringan terbanyak untuk juara dunia lima kali itu berbanding Neymar dan Ronaldo.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen