BOLIVIA 1 ARGENTINA 2

Lautaro Martinez memuji karakter yang ditampilkan Argentina dalam kemenangan 2-1 ke atas Bolivia, awal pagi tadi.


Joaquin Correa meledak gol kemenangan pada minit ke-79 buat pasukan bimbingan Lionel Scalon itu untuk meneruskan rentak kemenangan dalam dua perlawanan bagi memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 zon Amerika Selatan.

Ia kemenangan pertama Argentina di ketinggian La Paz sejak 2005 .

Martinez -- muncul pemain kebangsaan pertama yang menyumbangkan gol untuk pasukan Albiceleste itu dalam kempen kelayakan Piala Dunia sejak kali terakhir Messi mencetak nama sebagai penjaring pada November 2016 -- memadam jaringan pembukaan tuan rumah yang diledak oleh Marcelo Martins Moreno.

"Kami sedar tekanan yang dihadapi dalam perlawanan seperti ini. Saya rasa kami telah mempamerkan semangat juang dan kekuatan mental yang tinggi," kata penyerang Inter itu.

"Kami sangat gembira."

Penyerang Inter itu menambah: "Kami telah memikirkan betapa besar maknanya pertemuan ini buat kami daripada segi sejarah.

"Kami tidak akan menafikan bahawa adalah sukar untuk beraksi di sini, ia banyak berubah."



Martinez mengulangi bantuan jaringannya untuk mengangkat Correa sebagai wira ketika Argentina mencatat kemenangan tipis ke atas Ecuador, minggu lalu.

Pengurus Argentina, Scaloni, juga gembira dengan kelibat barisan pemain gantiannya yang menyaksikan tonggak Lazio itu mencetak gol keduanya di peringkat antarabangsa.

"Dengan pertukaran pemain, kami berhajat meningkatkan corak permainan pasukan," katanya.

"Mereka menawarkan kami kesegaran dan mereka beraksi dengan baik."