Penyerang Juventus, Paulo Dybala, tersingkir daripada skuad Argentina menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia.

Pemain berusia 26 tahun itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada 14 minit terakhir ketika Juve terikat 1-1 dengan Lazio malam tadi tetapi kelihatan belum cukup cergas untuk mewakili skuad kebangsaannya.

Dia terlepas dua perlawanan pertama Argentina dalam kempen kelayakan itu bulan lalu -- kemenangan ke atas Ecuador dan Bolivia --- dan kini tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad yang akan menentang Paraguay dan Peru dua minggu depan.

Argentina mengesahkan dalam satu kenyataan semalam bahawa Dybala "menunjukkan gejala genitourinari umum yang memerlukan rehat dan penilaian".

Dybala telah melakukan enam penampilan bersama Juventus dalam kesemua kejohanan musim ini dan menjaringkan satu gol ketika pasukannya menewaskan Ferencvaros dalam Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Petahanan Ajax, Lisandro Lopez, menjadi nama terbaru dalam senarai 25 pemain pasukan kendalian Lionel Scaloni itu, yang turut dibarisi pemain bintang seperti Lionel Messi dan Angel Di Maria.