Aksi persahabatan di antara Malaysia dan Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok akan menjadi persiapan terakhir buat skuad negara sebelum menghadapi dua pertemuan getir berdepan Thailand dan Indonesia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.

Dalam sidang media hari ini, ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, yang ditemani pemain tengah, Nor Azam Azih, berharap skuad negara akan mendapat bekalan semangat daripada perlawanan itu sebelum menghadapi Thailand dan Indonesia.

Skuad negara sudah pasti memerlukan kemenangan selepas tewas dua perlawanan berturut-turut, masing-masing kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.

Cheng Hoe menjangkakan rombakan besar-besaran dalam pasukannya dengan muka-muka baru seperti Afiq Fazail dan Baddrol Baktiar berkemungkinan akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.