Kelayakan Piala Dunia 2022: Afiq, Baddrol raih kepercayaan Cheng Hoe

Oleh Staff Writer 30 Oktober 2019 799
Kelayakan Piala Dunia 2022: Afiq, Baddrol raih kepercayaan Cheng Hoe
Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, mencanang kebangkitan semula skuad negara dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan memanggil tonggak tengah berpengalaman Kedah, Baddrol Bakhtiar, dan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Afiq Fazail.

Jurulatih itu mengakui terpikat dengan aksi mantap Baddrol dan Afiq sehingga membuat keputusan untuk menyenaraikan mereka ketika mengumumkan senarai 26 pemain, hari ini.

Dia juga berasakan kegagalan skuad negara dalam mencipta peluang ketika aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Vietnam bulan lalu menjadi punca utama dia memanggil dua tonggak finalis Piala Malaysia itu. 

Empat pemain yang digugurkan adalah Abdul Halim Saari ekoran kecederaan lutut sambil Akram Mahinan, Irfan Zakaria dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy akan membuka peluang kepada muka baru. 

"Pengalaman Baddrol bersama Kedah serta skuad kebangsaan sedikit-sebanyak akan membantu. Dalam masa sama, Afiq memperkuatkan JDT," ujar Cheng Hoe.

Sementara itu, bekas ketua jurulatih Kedah itu optimis keputusan positif bakal diraih skuad kebangsaan dalam aksi menentang Thailand pada 14 November ini sebelum berdepan Indonesia, lima hari kemudian. 

"Skuad kali ini masih optimis mampu mendapat keputusan positif. Setiap pemain perlu beri usaha yang tinggi bagi mendapatkan keputusan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen