Kelayakan Kejohanan AFC B-19: Kemboja dijangka sukarkan laluan Malaysia

Oleh Penulis Jemputan 1 November 2019 1943
Kelayakan Kejohanan AFC B-19: Kemboja dijangka sukarkan laluan Malaysia
Skuad B-18 negara dijangka menghadapi tugas getir apabila berdepan Kemboja dalam aksi pembukaan kelayakan Kejohanan AFC B-19 2020 di Phnom Penh, esok.

Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama Thailand, Brunei, Kepulauan Mariana Utara dan pasukan tuan rumah, Kemboja, dalam usaha memburu slot automatik ke Kejohanan AFC B-19 2020 dengan menjuarai saingan kumpulan itu.

Kesemua lima negara melaungkan keazaman untuk mempamer aksi terbaik, dengan tumpuan kini terarah kepada pertemuan melibatkan tuan rumah, Kemboja, dengan skuad negara.

Anak buah Brad Maloney itu akan membuka kempen dengan menentang Kemboja di Stadium Olimpik Nasional, Phnom Penh, pada jam 6.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia) esok.

Kemboja yang kini dikendalikan oleh jurulatih Jepun, Koji Gyotoku, telah menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Kejohanan AFF B-18 di Bandaraya Ho Chi Minh, namun Malaysia kekal sebagai pilihan untuk melakar kemenangan dalam aksi pertama itu.

Persiapan yang telah dilakukan skuad negara di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini bakal dijadikan bekalan dan setiap perancangan dan taktikal diterapkan bakal diterjemahkan ketika menghadapi Kemboja.   

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen