Kelayakan Euro 2020: Kecederaan De Gea selubungi kemaraan Sepanyol

Oleh Staff Writer 16 Oktober 2019 421
Kelayakan Euro 2020: Kecederaan De Gea selubungi kemaraan Sepanyol
SWEDEN 1 SEPANYOL 1 

Pengurus Sepanyol, Robert Moreno, mengesahkan David de Gea mengalami kecederaan pinggul dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 di Sweden.


De Gea terhincut-hincut ketika meninggalkan padang selepas sejam permainan yang berkesudahan 1-1 di Friends Arena itu sebelum pemain gantian, Rodrigo Moreno, bangkit dari bangku simpanan untuk memadamkan jaringan Marcus Berg pada minit ke-50 pada masa kecederaan, sekali gus mengesahkan slot skuad La Roja itu dalam pusingan akhir, awal pagi tadi. 

Berita itu menjadi satu lagi tamparan besar buat pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool di Old Trafford, Ahad ini. 

"De Gea terpaksa dirawat pada waktu rehat dan memutuskan untuk meneruskan permainan," jelas Moreno selepas bintang The Red Devils itu kelihatan dalam keadaan tidak selesa selepas menyelamatkan pintu golnya dalam separuh masa pertama. 

"Pinggulnya seakan-akan ditusuk."

Sepanyol bergelut untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang jadual perlawanan antarabangsa kali ini, termasuk seri 1-1 dengan Norway dalam perlawanan terdahulu apabila membenarkan 
Josh King menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan. 

"Hal yang sama juga berlaku. Dalam satu lagi perlawanan, kami seakan-akan sudah terbayangkan kemenangan dan pada hari yang lain pula, kami seperti akan mengalami kekalahan," kata Moreno.

"Saya gembira dengan corak permainan anak buah serta pemain yang saya miliki. Ia adalah satu perlawanan yang tidak mudah untuk menentang lawan yang sukar dalam Piala Dunia. Jadi, kami sangat gembira."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen