Kelayakan AFC B-19: Mukhairi Ajmal sedia pikat Maloney

Oleh Staff Writer 24 Oktober 2019 380
Kelayakan AFC B-19: Mukhairi Ajmal sedia pikat Maloney
Biarpun penampilan cemerlangnya dalam Kejohanan AFF B-18 di Vietnam, Ogos lalu mendapat perhatian ramai, kapten skuad remaja negara, Mukhairi Ajmal Mahadi, tetap berdepan cabaran merebut tempat dalam senarai terbaik Brad Maloney.

Bukan sahaja mendapat perhatian ketika beraksi di Vietnam, malah dia juga pernah disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukannya, PKNP FC, bagi saingan Piala Malaysia.

Namun, pemain berusia 18 tahun itu tidak meletakkan dirinya dalam keadaan selamat untuk berada dalam senarai 23 pemain terbaik pengendali, Maloney, bagi kelayakan Kejohanan AFC B-19 di Kemboja, awal bulan depan. 

Mukhairi mengakui tindakan pengendali itu memanggil beberapa muka baru ke dalam kem latihan pusat bakal memberi saingan kepadanya membuktikan prestasi masing-masing.

"Saya rasa tempat tidak begitu terbaik, ramai pemain bagus tetapi saya akan cuba berusaha untuk kekalkan prestasi serta momentum di bahagian tengah. Saya lihat pemain yang hadir, mereka bagus dan mampu lakukan taktikal jurulatih," katanya.

Dia enggan mengambil mudah cabaran Kumpulan G dalam misi memburu kedudukan dua terbaik bagi kelayakan ke pusingan akhir.

"Saya dan rakan sepasukan tidak ambil mudah kerana banyak pasukan telah melakukan persiapan rapi."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen