Kelayakan AFC B-19: Kehadiran ibu bapa suntik semangat skuad negara

Oleh Staff Writer 11 November 2019 1528
Kelayakan AFC B-19: Kehadiran ibu bapa suntik semangat skuad negara
Kehadiran ibu-bapa pemain menjadi penyuntik semangat di samping kejutan pihak pengurusan skuad B-19 negara beberapa jam sebelum perlawanan berdepan Thailand dalam aksi kelayakan Kejohanan AFC B-19 semalam turut memberi motivasi tambahan buat Malaysia.

Menerbangkan ibu-bapa pemain ke hotel penginapan rasmi pasukan di Phnom Penh, Kemboja untuk makan tengah hari dan menyaksikan perlawanan penting bertemu skuad B-19 Thailand adalah sesuatu yang tidak dijangka empat pemain utama negara.

Sudah pasti kehadiran mereka menjadi penguat semangat untuk beraksi dalam perlawanan penting bertemu skuad bimbingan Ithsara Sritaro itu.

Lebih manis, kejutan yang dibuat dibalas dengan kejayaan layak mengisi slot automatik ke Kejohanan AFC B-19 Tahun di Uzbekistan tahun depan.

"Saya sudah merancang untuk membuat kejutan kepada Adam, ia merupakan satu kenangan yang indah bagi kami," kata bapa Harith Haikal, Adam Afkar Abd Zalail.

"Mereka tidak menyangka kami akan datang ke sini dalam usaha memberikan sokongan kepada skuad Malaysia untuk melayakkan diri ke Kejohanan AFC B-19," kata ibu Azrin Afiq, Kamariah Draman.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen