Pengarah sukan Fiorentina, Joe Barone, mendedahkan, kelab-kelab Inggeris antara yang berusaha untuk menandatangani Federico Chiesa.

Manchester United dan Chelsea antara yang telah dikaitkan dengan pemain berusia 22 tahun itu, yang memiliki kontrak sehingga 2022 bersama Fiorentina.

Penyerang itu menjaringkan gol enam kali dalam saingan Serie A serta melakukan tiga bantuan jaringan, dengan Juventus turut mahu mendapatkan khidmatnya.

Ketika Barone menegaskan bahawa pemain tengah, Gaetano Castrovilli, akan kekal di Florence, beliau tidak pasti mengenai masa depan.

"Chiesa adalah pemain Fiorentina," katanya.

"Kelab-kelab telah mula bertanyakan mengenai ketersediaan Chiesa, sebilangan daripadanya bertutur dalam bahasa inggeris.

"Kita akan lihat, buat masa ini kami mahu menamatkan musim terlebih dahulu dan dia sangat komited bersama pasukan.

"Mengenai, Castrovilli, dia masih lagi mahu beraksi dalam saingan bola sepak Itali, jadi dia akan kekal di Florence."