Kelemahan mental dan fizikal tidak menjadi penghalang buat semua peserta Astro Kem Bola 2018 yang selamat tiba di Barcelona.

Mengharungi perjalanan selama 20 jam tidak menghalang rasa gembira dan teruja di raut wajah peserta-peserta Astro Kem Bola apabila akhirnya tiba di Barcelona, Sepanyol.

Walaupun sepanjang perjalanan ke Barcelona telah menguji kekuatan mental dan fizikal mereka, ia tidak menjadi penghalang untuk terus menerima pengalaman di Akademi Barcelona nanti.

Ia sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta yang akan memulakan latihan esok.

"Saya ada rasa sedih dan gembira. Sedih kerana terpaksa meninggalkan ibu yang jauh tetapi gembira kerana ia kali pertama menjejakkan kaki di Barcelona," kata salah seorang peserta.