Kekecewaan di Euro 2016 buat Joe Hart semakin matang

Oleh Stefan Coerts 12 Oktober 2016 0
Kekecewaan di Euro 2016 buat Joe Hart semakin matang
Penjaga gol England, Joe Hart, kecewa besar dengan kesilapan yang dilakukannya semasa Euro 2016, namun dia berazam untuk membuktikan kemampuannya kepada dunia. 

Kesilapan Hart pada peringkat 16 terakhir membawa kepada kemenangan Iceland. Terlebih dahulu, dia turut mengulangi kesilapan serupa di peringkat kumpulan ketika menentang Wales.

Penjaga gol Torino itu -- yang dipinjamkan dari Manchester City -- kini mengakui dia perlu menampilkan aksi lebih baik, tetapi dia telah melupakan kekecewaan kejohanan di Perancis tersebut selepas membantu England mencapai keputusan seri tanpa jaringan dengan Slovenia, apabila menafikan beberapa peluang menarik lawan. 

"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku pada musim panas lalu," kata Hart kepada BBC. 

"Saya lebih suka menyelamatkan dua rembatan yang patut saya selamatkan itu (ketika Euro 2016), tetapi ia sudah berlalu. 

"Saya akan cuba dan membetulkannya dengan berada di posisi yang baik. Bola sepak bergerak dengan cepat. Anda perlu melupakannya dan meneruskan perjuangan."

Tentang Penulis

Stefan Coerts

Komen