Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, menyifatkan kekalahan 2-1 kepada Manchester United merupakan antara perlawanan terburuk pasukannya, pengendali kelahiran Jerman itu malu dengan prestasi separuh masa pertama aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL).

PSG tunduk kepada jaringan Marcus Rashford ketika perlawanan berbaki tiga minit di Paris, di mana finalis UCL musim lalu memulakan kempen baru dengan kekalahan dalam aksi Kumpulan H.

Penyandang Ligue 1 tanpa khidmat Marquinhos dan Marco Verratti dan United menggunakan kelebihan tersebut -- Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23, namun penyerang The Red Devils, Anthony Martial menyumbat masuk gol sendiri 10 minit selepas perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua.

Tetapi United meninggalkan ibu kota Perancis dengan mata penuh hasil jaringan Rashford, memberikan kekalahan pertama PSG di laman sendiri dalam saingan peringkat kumpulan UCL selepas 25 perlawanan.



"Pada separuh masa pertama, kami seperti tidak berada di atas padang," kata Tuchel kepada beIN SPORTS. "Itu bukan tahap sebenar kami.

"Saya tidak tahu mengapa, tetapi saya hanya boleh mengatakan bahawa itu bukan tahap kita, ketika menggerakkan bola, ketika mengawal permainan dan serangan balas, ketika berusaha merampas bola.

"Setakat ini, ini salah satu permainan terburuk kami, antara separuh masa pertama terburuk kami."


"Berita baiknya adalah bahawa ia tidak boleh menjadi lebih buruk. Kami ketinggalan 1-0, mudah untuk bermain lebih baik dalam separuh masa kedua dan kami harus bangkit," katanya.

"Kami cuba melakukan pertukaran taktikal kerana kecederaan dialami Idrissa Gueye, kami cuba membawa masuk seorang lagi penyerang, di mana risiko yang terpaksa kami terima pada penghujung permainan.

"Dari awal hingga akhir rasanya kami tidak pernah berada di tahap tertinggi, dan kami tidak benar-benar berada dalam pertandingan seperti yang sangat diperlukan di peringkat ini."

PSG, bagaimanapun, memiliki kesempatan untuk merespon ketika mereka melakukan berkunjung ke Istanbul Basaksehir minggu depan selepas menerima kunjungan Dijon dalam aksi Ligue 1 Sabtu ini.