Kekalahan kepada Leganes hantui Valverde sebelum kemenangan saat akhir

Oleh Penulis Jemputan 4 November 2018 282
Kekalahan kepada Leganes hantui Valverde sebelum kemenangan saat akhir
RAYO VALLECANO 2 BARCELONA 3

Ernesto Valverde diingatkan dengan kekalahan Barcelona kepada Leganes pada awal musim ini ketika meraih kemenangan dramatik dalam saingan LaLiga ke atas Rayo Vallecano, semalam.


Gergasi Catalan itu dilihat sekali lagi bakal mengalami ulangan kekalahan kepada Leganes apabila Jose Pozo dan Alvaro Garcia menafikan gol pembukaan Luis Suarez.

Skuad kendalian Valverde itu melakar kebangkitan, dengan Ousmane Dembele menyamakan kedudukan pada minit ke-87 sebelum Suarez memastikan kemenangan tiga minit kemudian.

Barcelona hilang rentak dalam beberapa tempoh permainan dan Valverde mengakui pasukannya hampir berputus asa, sama seperti di Butarque penghujung September lalu -- satu-satunya kekalahan penyandang juara itu musim ini.

"Mimpi buruk Butarque sekali lagi menghantui pemain-pemain dalam separuh masa kedua," kata Valverde.

"Tetapi kami berjaya melakar kemenangan.

"Apabila berdepan pasukan yang mampu bangkit dengan dua jaringan, ia secara tidak langsung melunturkan semangat pasukan."

Dembele, yang hadir menggantikan Rafinha pada permulaan separuh masa kedua, mencipta impak dengan gol penyamaan.

"Kami mengharapkan lebih daripada Dembele. Dia telah membuktikan kebolehannya dalam perlawanan ini."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen