Kejohanan AFF B-18: Jurulatih Singapura puji keampuhan Malaysia

Oleh Staff Writer 10 Ogos 2019 22232
Kejohanan AFF B-18: Jurulatih Singapura puji keampuhan Malaysia
Jurulatih skuad B-18 tahun Singapura, Mohd Fadzuhasny Juraimi, mengakui ketandusan idea mencari ruang untuk menembusi benteng pertahanan negara dalam aksi di Stadium Thong Nhat, semalam.

Fadzuhasny berpandangan Malaysia memiliki barisan pertahanan yang ampuh di samping mengakui penjaga gol negara, Muhamad Firdaus Irman Fadhil, sukar untuk ditembusi.

Itu kesukaran utama skuad kendaliannya dalam mencari jaringan sehingga buntu dalam aksi separuh masa pertama.

"Kami kekurangan idea ketika melakukan serangan ketika berdepan Malaysia," katanya.

Fadzuhasny melihat barisan Brad Maloney itu memiliki kriteria terbaik untuk digilap pada masa akan datang.

"Malaysia memiliki barisan pemain yang laju dan memiliki kemahiran teknikal yang tinggi. Ia dapat disaksikan dalam perlawanan sebelum ini apabila Vietnam turut bergelut untuk mengatasi mereka."

Tambah bekas pemain kebangsaan Singapura itu, tidak mustahil buat Malaysia menakluki pentas Asia dalam tempoh empat tahun akan datang.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen