Kejohanan AFC: Matthew makin membara ke China 

Oleh Penulis Jemputan 15 Disember 2017 1333
 Kejohanan AFC: Matthew makin membara ke China 
Tonggak serba boleh skuad B-23 negara, Matthew Davies, teruja dengan kemampuan himpunan pemain ke kem latihan di Mokpo, Korea Selatan. 

Selesai kem itu, Datuk Ong Kim Swee akan menggugurkan tiga lagi nama bagi membentuk senarai akhir untuk kempen Kejohanan AFC di China, bulan depan. 

Davies, yang menempa nama sebagai bek elit Malaysia bersama Pahang, juga berupaya memainkan peranan di bahagian sayap buat Kim Swee.

Senario itu mencetuskan kemungkinan mengujakan buat Kim Swee dalam membentuk kesebelasan terbaik untuk menghadapi Kejohanan AFC.

Malah, pandangan Davies memperkuatkan lagi pilihan Kim Swee untuk turut memberi peluang kepada ramai lagi pemain skuad B-19 untuk merebut tempat.

"Skuad ini bersemangat tinggi dan ramai pemain muda sedia untuk beraksi. Penyokong Malaysia mempunyai minat yang besar terhadap pasukan ini dan skuad B-19," ujar pemain kelahiran Australia itu. 

Skuad kendalian Kim Swee itu mengadakan persahabatan berintensiti tinggi ketika berdepan Melaka di Shah Alam, semalam. 

Bagi Davies, meskipun perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan, namun pemain meraih ujian berkualiti. 

"Sesetengah daripada kami agak berkarat dalam soal perlawanan kompetitif, namun secara keseluruhannya, ia tetap satu persembahan dan keputusan yang bagus," katanya. 

Senarai penuh 26 pemain skuad B-23 negara: 

PENJAGA GOL
Ifwat Akmal Che Kassim
Haziq Nadzli
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

PERTAHANAN
Adib Zainudin
Syazwan Zaipol Bahari
Dominic Tan
Irfan Zakaria
A. Shivan Pillay
Adam Nor Azlin
Raphi Azizan

PEMAIN TENGAH
Matthew Davies 
Syahmi Safari
Syamer Kutty Abba 
Daniel Amier Norhisham
Nor Azam Azih
Ahmad Khairul Anuar Ahmad Zamri
Nik Akif Syahiran Nik Mat 
K.Thivandaran
Syazwan Andik
Tommy Mawat Bada

PENYERANG 
N.Thanabalan
Akhyar Rashid
Safawi Rasid
K. Kogileswaran
Jafri Firdaus Chew
Hadi Fayyadh Abdul Razak 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen