Kejohanan AFC B-19: Pengurus pasukan jawab ketiadaan nama Luqman Hakim 

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Julai 2020 2406
Kejohanan AFC B-19: Pengurus pasukan jawab ketiadaan nama Luqman Hakim 
Teka-teki pemain yang akan memperkuatkan skuad B-19 negara bagi menghadapi pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 2020 hampir terjawab!

Seramai 35 pemain dipanggil ketua jurulatih, Brad Maloney, untuk menyertai kem latihan pusat selama tiga minggu bermula Isnin ini hingga 26 Julai depan. 





Bagaimanapun, ketiadaan nama Luqman Hakim Shamsudin dalam senarai itu menimbulkan tanda tanya baru, justeru wartawan Nadi Arena, Irfan Ali, cuba mendapatkan penjelasan pengurus pasukan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar, menjelang kempen di Uzbekistan, Oktober depan. 

"Tiada apa yang perlu digusarkan kerana mereka mempunyai komitmen bersama kelab masing-masing. 

"Bagi panggilan latihan fasa pertama ini, kami tidak memanggil pemain-pemain yang akan terlibat dalam kempen Liga Super dan Liga Perdana. 

"Kami akan teliti  (khidmat) mereka menjelang fasa kedua. 

"Kami menyanggah setiap persepsi buruk yang dilemparkan terhadap mereka, mengenai desas-desus bahawa Luqman Hakim akan beraksi di luar negara. 

"Bukan Luqman Hakim sahaja, hampir kesemua pemain yang bermain dalam Selangor II tiada dalam senarai," katanya. 

Senarai penuh skuad: 

MUHAMMAD RAIMI SHAMSUL (SELANGOR) 

MUHAMMAD AZRUL HAIKAL RAMLEE (SELANGOR)

MUHAMMAD AIKMAL ROSLAN (SELANGOR)

MUHAMMAD FAHMI DANIEL MOHD ZAAIM (SELANGOR) 

MUHAMMAD FAKRUL IMAN NASZARI (SELANGOR) 

MOHAMMAD ZARIF SYAMIL MOHAMMAD ZAMAN (MELAKA) 

ABDUL RAZIQ ABDUL RAHIM (MELAKA) 

MUHAMMAD HAZIM ABU ZAID (MELAKA) 

ARIF AIMAN MOHD HANAPI (JOHOR DARUL TA’ZIM) 

MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN (JOHOR DARUL TA’ZIM) 

MUHAMMAD FIRDAUS RAMLI (JOHOR DARUL TA’ZIM) 

MUHAMMAD FIRDAUS KAIRONNISAM (JOHOR DARUL TA’ZIM) 

MUHAMAD ALIF ABDUL MUTALIB (JOHOR DARUL TA’ZIM) 

MUHAMMAD SHAFI AZSWAD SAPARI ()JOHOR DARUL TA’ZIM

DARYL SHAM K. K. GEORGE (JOHOR DARUL TA’ZIM) 

MUHAMMAD RIEZMAN IRFAN MUSTAFAH (PAHANG)

ALAN LAGANG KERYER (SARAWAK UNITED)

MUHAMMAD AZIM ANUAR (KEDAH)

MOHD AIMAN AFIF MD AFIZUL (KEDAH)

MUHAMMAD AMIRUL AKMAL SAFARINIZAM (KEDAH)

MUHAMAD AIMAN FARHAN MUHAMAD FAUZI (KEDAH)

MUHAMMAD ZULHAZRIZAL MOHD ZUHER (KEDAH)

YUSERIL YUSEKIL (SABAH)

MOHAMMAD NAZEMIZAN NASLON (SABAH)

MOHD NASIP MOHAMMAD ZAIN (SABAH) 

MOHD AZLIZAN MOHD AZLAN (SABAH)

MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD (TERENGGANU FC)

MUHAMMAD RAHADIAZLI RAHALIM (TERENGGANU FC)

MUHD MUSLIHUDDIN ATIQ MAT ZAHID (TERENGGANU FC) 

MUHAMMAD FAIZ AMER RUNNIZAR (AMD B-17)

MOHAMMAD MARWAN ABDUL RAHMAN (AMD B-17)

MUHAMMAD KHAIRI SUFFIAN KHAINEYUSRI (AMD B-17)

ZACHRY RAIFF GHAZIE YEOH (PJ CITY FC)

MUHAMMAD ADAM NADZMI ZAMRI (BISP CRUZEIRO FOOTBALL ACADEMY)

WAN AHMAD KUZRI WAN AHMAD KAMAL (ST. LOIUS FOOTBALL ACADEMY)

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen