Kejohanan AFC B-19: Maloney tenang dua penjaga gol masih terikat dengan kelab 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Ogos 2020 4622
Kejohanan AFC B-19: Maloney tenang dua penjaga gol masih terikat dengan kelab 
Kem latihan fasa dua skuad remaja negara tampak sedikit berbeza daripada fasa yang pertama apabila Wan Kuzri Wan Kamal serta Luqman Hakim Shamsudin melaporkan diri.

Tetapi kelibat dua penjaga gol penting daripada kelab Selangor II itu, iaitu Firdaus Irman Mohd Fadhil dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, masih belum kelihatan bagi persiapan menghadapi pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober depan. 

"Kami ada berhubung dengan kelab, mereka mempunyai komitmen bersama majikan masing-masing dan kami berharap mereka boleh menyertai pasukan secepat mungkin.

"Khidmat mereka juga penting di samping pemain-pemain lain tetapi terikat dengan perjanjian bersama kelab buat masa ini. 

"Berdasarkan apa yang satya faham, mereka akan dilepaskan apabila kami menghadapi pusingan akhir di Uzbekistan kelak, jadi sudah pasti mereka akan beraksi," kata Maloney. 

 

Hari Pertama Latihan Pusat Fasa 2 Skuad B-19 Kebangsaan | 3 Ogos 2020 Skuad B-19 kebangsaan kendalian Brad Maloney...

Posted by Football Association of Malaysia on Monday, August 3, 2020


Sementara itu, penyerang sensasi, Luqman Hakim, menzahirkan rasa gembira apabila dapat turun ke padang dan berlatih di samping rakan sepasukan yang lain. 

Begitupun, dia enggan mengulas tentang penghijrahan ke Belgium apabila ingin fokus terhadap latihan dan yakin pemain seperti Wan Kuzri mampu membantu skuad itu terus mencapai kemajuan.

"Alhamdulillah saya dapat berlatih bersama skuad B-19. 

"Ini kali pertama dapat menyertai fasa latihan kali ini dan saya sangat teruja.

"Bagi saya Wan Kuzri pemain yang bagus, dia mampu bantu pasukan negara," katanya. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen