Kejohanan AFC B-19: Benteng elemen terpenting skuad negara 

Oleh Penulis Jemputan 18 Oktober 2018 239
Kejohanan AFC B-19: Benteng elemen terpenting skuad negara 
Keutamaan pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak, adalah untuk memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan menjelang aksi pembuka tirai Kejohanan AFC B-19 berdepan pilihan utama Kumpulan D, Arab Saudi, di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia, Sabtu ini. 

"Kami perlu berikan aksi terbaik sambil mengurangkan kesilapan.

"Pemain juga berkobar-kobar untuk membuktikan sesuatu. 

"Setiap pemain akan mencurahkan aksi terbaik jika diberi peluang, cuma ia bergantung kepada kekuatan lawan yang bakal dihadapi, sama ada fizikal yang besar atau menerapkan permainan pantas.

"Itulah asas saya untuk menghadapi setiap perlawanan nanti," katanya. 

Dalam masa sama, Hodak menuntut peminat negara bersikap realistik mengenai peluang anak buahnya mara lebih jauh. 

Berdasarkan undian peringkat kumpulan, Malaysia masih di belakang Arab Saudi, Tajikistan dan China.

"Ramai yang mahukan kami layak ke Piala Dunia B-20 tetapi jurang masih besar di antara Malaysia dan pasukan gergasi seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi mahupun Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Kami akan berikan yang terbaik dan memanfaatkan kelemahan lawan dalam usaha mendapatkan keputusan memberangsangkan," katanya lagi. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen