Kejohanan AFC B-19: Anak buah Maloney mungkin tangguh aksi 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 September 2020 314
Kejohanan AFC B-19: Anak buah Maloney mungkin tangguh aksi 
Pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 yang sepatutnya diadakan di Uzbekistan bulan depan dijangka ditunda.

Skuad kendalian Brad Maloney itu sedang giat menjalani persiapan akhir selain beberapa bakat muda sensasi dijangka membawa cabaran ke sana menerusi kelibat pemain seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Kamal.

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul, mengesahkan pihaknya sudah mempunyai keputusan mengenai status kejohanan namun perlu mendapat kelulusan jawatankuasa eksekutif badan induk itu, lusa, bagi membuat kenyataan rasmi.

"Keselamatan dan kesihatan pemain sentiasa menjadi faktor untuk kami membuat keputusan sama ada meneruskan atau menunda kejohanan. 

"Keputusan ini akan dipanjangkan menerusi jawatankuasa exco AFC yang akan bermesyuarat 10 September berhubung pertandingan B-19 ini," katanya ketika diwawancara menerusi maya oleh wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi. 

 

Hari Ke-25 Latihan Pusat Fasa 2 Skuad B-19 Kebangsaan | 27 Ogos 2020 Skuad B-19 kebangsaan kendalian Brad Maloney...

Posted by Football Association of Malaysia on Thursday, August 27, 2020


Tambahnya, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum tarikh baru diumumkan. 

"Kami ada banyak pilihan, pertandingan ini juga merupakan kelayakan Piala Dunia B-20 dengan pusingan akhir jatuh pada 2021. 

"Kami juga perlu mengambil kira kalendar yang telah ditentukan. 

"Bukan senang untuk ditunda ke tahun yang baru. Pertandingan boleh jadi B-20, bukan lagi B-19. 

"Banyak aspek perundangan, kesihatan, kredibiliti yang perlu harus difikirkan, tapi apa yang paling penting adalah keselamatan dan kesihatan. 

"Jadi kita perlu tunggu dua hari lagi untuk satu keputusan muktamad."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen