MMT Junior muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sepasukan Kota Kinabalu B-10 selepas menewaskan Jubilo FC 1-0 menerusi penentuan sepakan penalti 'sudden death' dalam final di Stadium Likas, Kota Kinabalu, hari ini.

Pasukan yang majoritinya dibarisi pemain daripada pedalaman Sabah itu menguasai hampir keseluruhan permainan, namun kekebalan pertahanan Jubilo FC menidakkan semua peluang.

Kedudukan 0-0 kemudian kekal sehingga tamat masa sebenar sebelum ditentukan menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, nasib lebih memihak MMT Junior apabila menyempurnakan sepakan penalti.