Kedudukan Gabigol di Inter jadi persoalan

Oleh Staff Writer 22 Disember 2016 0
Kedudukan Gabigol di Inter jadi persoalan

Masa depan Gabriel Barbosa bersama Inter Milan dilihat semakin malap meskipun kurang enam bulan menyertai kelab itu dengan nilai perpindahan mencecah GBP25 juta (RM140 juta).

Barbosa berhijrah dari Santos, Ogos lalu, namun penyerang berusia 20 tahun itu masih gagal membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama pasukan sehingga dikaitkan dengan perpindahan sebaik jendela perpindahan Januari dibuka.

Dia tampil dalam empat minit terakhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Lazio pada Rabu.

Ditanya mengenai kedudukan Barbosa dalam pasukan, Pioli memberitahu Mediaset Premium: "Saya gembira kerana Gabigol mempamerkan kesungguhan di atas padang tetapi saya mahu melihat dia membuat aksi yang lebih berkesan di samping sekadar membuat gerakan untuk mengiburkan penyokong.

"Adakah dia akan kekal? Kami sedang membuat penilian terhadap persoalan itu. Objektif kami pada bulan Januari ini adalah untuk mengecilkan skuad ini kerana kami mahu pemain yang benar-benar sanggup berbakti kepada Inter untuk kekal.

"Kami adalah Inter, kami bangga menjadi pasukan gergasi di Itali dan kami hanya akan bergerak seiringan dengan pemain yang berkongsi pandangan sama."



Tentang Penulis

Staff Writer

Komen