Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mahu isu tunggakan gaji pemain Melaka diselesaikan secara baik tanpa perang di media sosial membabitkan presidennya, Damian Yeo, dan bekas kapten Melaka, Shukor Adan.

Pertahanan veteran itu memilih untuk memperjuangkan hak tanpa melibatkan pihak ketiga Isnin lalu apabila secara rasmi menghantar afidavit tuntutan hak gaji dan bonus ketika bersama Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) musim lalu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Presiden MUSA, Damien Yeo Shen Li, memberi amaran kepada Shukor di laman facebook peribadinya.



Yusoff berpandangan situasi itu mampu diselesaikan dan meminta kedua-dua pihak untuk bertenang dan mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

"Pemain berasakan mereka sentiasa memiliki hak untuk menuntut dan kami tidak menafikan hak mereka. Sebelum ini, Shukor pernah sahaja memiliki tunggakan gaji bersama beberapa pasukan lain," kata Yusoff.

"Saya berasakan kedua-dua pihak harus bertenang terlebih dahulu dan berusaha untuk menyelesaikan isu ini."



Editor: Ammar Hakim