Penolong jurulatih, Hany Ramzy, mengesahkan Mohamed Salah hanya mengalami ketegangan otot ketika membantu Mesir merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Swaziland.

Bintang Liverpool itu menjaringkan gol ketika merakamkan jaringan menerusi sepakan sudut ketika memimpin Mesir mencipta keputusan positif dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika, semalam.

Salah dipaksa bekerja keras hingga mengalami kecederaan pada bahagian paha tetapi Ramzy yakin ia bukanlah masalah yang serius.

"Salah sekadar mengalami ketegangan otot dan tiada masalah yang serius dialami dalam perlawanan ini," kata Ramzy.

"Tetapi pemain itu akan terus dipantau bagi melihat jika berlaku kecederaan lain dan masa yang diperlukan untuk pulih.

"Kami sedang berusaha memastikan Salah berada pada tahap terbaik," katanya.

Mesir kini mendahului Kumpulan J, walaupun Tunisia memiliki kelebihan satu perlawanan.