Bekas pemain kebangsaan Perancis, Eric Abidal, berkata kecederaan Cristiano Ronaldo ketika perlawanan akhir Euro 2016 membantu Portugal merangkul kejuaraan utama buat kali pertama.

Kehilangan bintang Real Madrid itu, yang terpaksa meninggalkan padang pada awal permainan, bagaikan melenyapkan harapan Portugal tetapi percubaan Eder dalam masa tambahan memberikan kemenangan buat skuad bimbingan Fernando Santos.

Abidal percaya Portugal bermain tanpa sebarang tekanan selepas Ronaldo dikeluarkan.

"Ronaldo mengalami kecederaan dan dia terpaksa meninggalkan padang -- ia merupakan masalah buat Perancis dan kelebihan terletak di tangan Portugal," kata Abidal.

"Portugal bermain dengan lebih selesa tanpa Ronaldo. Pemain-pemain secara kebiasaannya bermain untuk Ronaldo tetapi tanpa kehadirannya di atas padang, kita dapat lihat mereka bermain dengan lebih selesa.

"Buat Perancis, kami terpaksa bekerja keras ketika ketiadaan Ronaldo.

"Lihat siapa yang menjaringkan gol buat Portugal, pemain gantian yang tidak bermain sebelum ini."