Gareth Bale menarik daripada skuad Wales dan kembali ke Real Madrid untuk meneruskan proses pemulihan kecederaan pangkal paha.

Pemain berusia 29 tahun itu terlepas aksi persahabatan bertemu Sepanyol dan tidak dapat menyertai perlawanan Liga Negara-Negara UEFA berdepan Republik Ireland.

Pengurus Wales, Ryan Giggs, menyedari penjaring gol terbanyak Wales itu hampir pasti tidak dapat diturunkan walaupun kecederaan yang dialami tidak begitu serius.

Bale pada awalnya mengalami masalah otot paha ketika berdepan Atletico Madrid sebelum gagal menamatkan perlawanan ketika Real tewas 1-0 kepada Alaves.

"Bale telah kembali ke kelab dan tidak akan menyertai pasukan ke Dublin," menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Wales menerusi laman twitter.

Giggs turut kehilangan khidmat Ethan Ampadu dan Chris Mepham ekoran kecederaan menjelang pertemuan berdepan Republik Ireland.