Kelibat Leonardo Bonucci dalam keraguan untuk menyertai rombongan Juventus ke Chievo hujung minggu ini selepas ditimpa kecederaan paha, menurut pendahulu Serie A itu.

Bonucci terpaksa diusung keluar ketika Juventus seri 1-1 dengan Lyon dalam aksi Liga Juara-Juara, semalam. Pemain pertahanan tengah itu dijangka akan menjalani ujian bagi menentukan sejauh mana tahap kecederaan itu.

Skuad bimbingan Allegri sedang dalam persiapan untuk kunjungan ke Stadio Marc'Antonio Bentegodi pada Ahad ini -- stadium di mana mereka mencatatkan tujuh kemenangan dalam lapan pertemuan mereka -- dan kecergasan Bonucci menjadi kebimbangan utama mereka.

"Selepas dikeluarkan pada separuh masa kedua mementang Les Gones (Lyon), Leonardo Bonucci menjalani ujian yang mengesahkan kecederaan paha kirinya kembali berulang," demkian menurut kenyataan kelab itu.

"Keadaan pemain pertahanan itu akan dipantau rapi pada hari esok."