Andres Iniesta memuat naik imej kakinya di laman sosial Twitter tanpa mengenakan pendakap lutut dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi melihatnya tatkala dia kini sedang menjalani rawatan kecederaannya itu.

Tonggak antarabangsa Sepanyol itu sedang berusaha untuk pulih daripada kecederaan yang menimpanya bulan lalu dalam kemenangan ke atas Valencia di Mestalla.

Dia kini sudah tidak memakai alat sokongan lutut itu lagi sambil memaparkan imej kakinya dengan menulis, "Langkah seterusnya! Kamu banyak membantu saya tetapi saya tidak mahu melihat kamu lagi."

Barca menjangkakan Iniesta memerlukan rehat dalam tempoh enam hingga lapan minggu dan secara tidak langsung, kelibatnya untuk pertembungan El Clasico berdepan Real Madrid pada 3 Disember nanti diragui -- iaitu enam minggu selepas dia ditimpa kecederaan itu.

"Ia bukanlah tempoh yang mudah, ia berlanjutan sehingga beberapa minggu -- tapi keadaan mungkin menjadi lebih buruk lagi," kata arkitek Barcelona itu lagi.