Christian Karembeu berpendapat tiada sebab untuk khuatir dengan persembahan longlai Real Madrid kebelakangan ini dan dia percaya bekas kelabnya itu merupakan pilihan untuk menjuarai Liga Juara-Juara.

Zinedine Zidane membimbing Madrid untuk gelaran Eropah ke-11 mereka musim lalu, dan selepas permulaan kempen yang mantap, prestasi mereka mulai merosot dengan mencatatkan empat keputusan seri dalam semua pertandingan yang mereka hadapi.

Begitupun, Karembeu lebih fokus terhadap rekod tanpa kalah dan memberitahu peminat agar bertenang dan mempercayai Zidane.

"Zidane melakukannya dengan cukup bagus," katanya kepada pemberita di majlis Aspire4Sports. "Tiada siapa yang membayangkan dia akan memenangi Liga Juara-Juara untuk kelab buat kali ke-11. Dia telah melakukannya dengan begitu baik dan keputusan telah membuktikannya.

"Ketika ini, dia sedang melalui musim baru dan kita perlu bertenang. Ia memang sentiasa begini di Real Madrid.

"Keputusan seri lebih baik daripada kalah. Casemiro tidak beraksi sehingga menjejaskan benteng pertahanan.

"Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, kita perlu bertenang kerana Real Madrid adalah pasukan pilihan utama untuk memenangi Liga Juara-Juara."