Kante tewaskan Mbappe untuk Anugerah Pemain Terbaik Perancis

Oleh Penulis Jemputan 27 Disember 2017 1041
Kante tewaskan Mbappe untuk Anugerah Pemain Terbaik Perancis
Pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante, melengkapkan tahun 2017 dengan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perancis.

Kante mengalahkan bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan rakan sepasukan Perancis, Kylian Mbappe, untuk memenangi anugerah tersebut hari ini.

Pemain berusia 26 tahun itu mengalahkan Mbappe dengan lima undi manakala Karim Benzema dari Real Madrid menduduki tempat ketiga.

Kante, yang memimpin Leicester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dua musim lalu, membantu Chelsea meraih gelaran itu pada 2016-17.

Kejayaan membantu Chelsea menyaksikannya dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Musim, Pemain Terbaik PFA dan Pemain Bola Sepak Terbaik FWA.

Kante, yang menduduki tempat kelapan di belakang Cristiano Ronaldo dalam senarai Ballon d'Or, juga merangkul Anugerah Pemain Terbaik Chelsea.

Pada 2017-18, Kante telah membuat 17 penampilan dan menjaringkan satu gol ketika Chelsea menduduki tempat ketiga, 13 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen