Kanggaru pun boleh main bola sepak -- Postecoglou

Oleh Penulis Jemputan 11 November 2017 61
Kanggaru pun boleh main bola sepak -- Postecoglou
HONDURAS 0 AUSTRALIA 0

Ketua jurulatih, Socceroos, Ange Postecoglou, menyelar kritikan terhadap Australia sebelum aksi play-off antara konfederasi yang berkesudahan seri tanpa jaringan.


Australia mempamerkan aksi dominan tetapi gagl untuk mencari jalan untuk menembusi wakil CONCACAF, Honduras, di San Pedro Sula, semalam.

Persembahan cemerlang The Socceroos hadir selepas akhbar tempatan menggunakan tajuk "Lapan juta menentang 11 kanggaru", manakala skuad kendalian Postecoglou dilabel pasukan yang mudah.

Postecoglou – yang menyaksikan penyerang, Tomi Juric, gagal menyempurnakan dua peluang -- menyuarakan kekecewaannya dalam sidang media.

"Mungkin anda berasakan kami adalah pasukan yang mudah," kata Postecoglou.

"Saya lihat di dalam akhbar menyatakan bahawa terdapat 11 kanggaru di atas padang tetapi mereka boleh bermain bola sepak, bukan?

"Apa yang saya dengar adalah kami memiliki perancangan permainan yang mudah dan tiada bintang -- ia merupakan motivasi kami."

"Saya berkata kepada pemain, kami telah berjaya menjawab kritikan terhadap kami, dengan cara kami bermain. Mereka bertindak cemerlang di atas padang,"  tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen