Harry Kane tidak mahu mengira bagaimana cara England menempah slot ke Piala Dunia Russia 2018, sebaliknya menegaskan kelayakan mereka merupakan perkara yang paling penting.

Penyerang Tottenham, Kane, dipilih sebagai kapten Three Lions semalam selepas bakal beraksi di Russia dengan kemenangan 1-0 ke atas Slovenia.

Pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan gol pada penghujung perlawanan di Wembley tetapi dia terganggu dengan cara England meraih kemenangan tersebut.

"Kelayakan ke Russia 2018 adalah perkara paling penting," kata Kane.

"Kami terpaksa melalui saat yang sukar tetapi kami perlu bersabar.

"Ketika perlawanan berbaki 10 minit, kami telah mula berasa penat dan cuba melakukan beberapa peluang. Saya sangat gembira kerana dapat menjaringkan gol untuk England.

"Ia merupakan satu perasaan gembira kerana layak ke Piala Dunia. Terdapat banyak lagi pasukan sedang bergelut untuk melayakkan diri. Kami sangat gembira.

"Kami akan menghadapi perlawanan seterusnya berdepan Lithuania dan kami akan teruskan momentum ini," katanya.