Harry Kane mengesahkan dia dan beberapa lagi rakan sepasukan skuad England telah menghubungi Phil Foden dan Mason Greenwood selepas dua pemain muda itu dketepikan daripada skuad Gareth Southgate.

Perancang Manchester City, Foden dan penyerang Manchester United, Greenwood telah diarah peluang kerana melanggari protokol coronavirus, berikutan penampilan suluang ketika England menang 1-0 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA ke atas Iceland Sabtu lalu.

Foden dan Greenwood telah didakwa bersosial dengan wanita di hotel pasukan England, tindakan yang telah melanggar peraturan mengenai protokol Covid-19.

Tanpa kelibat bintag muda itu, skuad kendalian Southgate sekadar seri tanpa jaringan dengan Denmark di Copenhagen.

Selepas perlawanan, pengurus England mendedahkan butiran dan menyakinkan dirinya Foden dan Greenwood wajar diketepikan, kerana tidak menghormati protokol Covid-19, serta perlu memberikan penghormatan kepada rakan sepasukan yang lain.

Bercakap dalam sidan media, Kane bercadang untuk terus memberikan sokongan kepada kedua-dua pemain tersebut.

"Saya telah menghubungi dua pemain tersebut, saya berasakan ia amat penting," kata kapten England itu.

"Mereka kini berasa sunyi dan berdepan kritikan hebat. Terutama sekali di mata media dan penyokong.

"Kami berada dalam situasi di mana tidak mahu berada di tempat yang sunyi. Saya dan beberapa rakan sepasukan yang lain memberikan sokongan kepada mereka.

"Mereka mengetahui kesilapan mereka dan perlu mempelajarinya. Mereka masih muda dan menuju ke alam dewasa. Saya pasti perkara ini tidak akan berulang."

Perlawanan England seterusnya dalam aksi Kumpulan A2 berdepan Belgium, yang mendahului saingan dengan dua kemenangan selepas mengatasi Iceland 5-1 semalam.