Kane akui berada pada tahap terbaik

Oleh Penulis Jemputan 7 Oktober 2017 115
Kane akui berada pada tahap terbaik
Harry Kane berasakan dia berada pada tahap terbaik dalam kariernya selepas mempamerkan persembahan cemerlang pada bulan September yang berterusan selepas menjaringkan gol kemenangan untuk England ketika berdepan Slovenia.

Bintang Tottenham, Kane, meledak 13 gol untuk kelab dan negara pada September dan berjaya menyamai bilangan gol yang dicetak oleh Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Pemain berusia 24 tahun itu memulakan bulan Oktober dengan gol kemenangan pada minit ke-94 ketika berdepan Slovenia kelmarin, dengan kemenangan 1-0 itu memastikan England mara ke Piala Dunia Russia 2018.

Kane, yang dipilih sebagai kapten The Three Lions di Wembley buat pertama kali, menyatakan bahawa dia berada pada tahap terbaik.

"Ketika saya muda, anda boleh menjaringkan enam atau tujuh gol dalam satu perlawanan. Tetapi ia tidak mungkin berlaku dalam karier sebagai pemain profesional.

"Saya berasa sangat baik. Berada pada tahap fizikal yang terbaik, saya mahu menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

"Saya mahu meneruskan momentum ini. September merupakan bulan yang sangat baik untuk saya, saya berharap Oktober juga akan menjadi lebih baik," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen