Kami perlu terima keputusan ini - Ancelotti

Oleh Ben Spratt 20 November 2016 0
Kami perlu terima keputusan ini - Ancelotti

BORUSSIA DORTMUND 1 BAYERN MUNICH 0

Carlo Ancelotti menggesa Bayern Munich untuk menerima kekalahan buat pertama kali musim ini dalam saingan Bundesliga kepada Borussia Dortmund.


Jaringan Pierre-Emerick Aubameyang dalam separuh masa pertama memberikan tiga mata penuh buat Dortmund dan Bayern jatuh ke tangga kedua, memberikan peluang buat RB Leipzig menduduki tangga teratas.

Bayern kini ketinggalan tiga mata kepada pendatang baru Bundesliga itu dan Ancelotti menuntut anak buahnya segera bangkit daripada kekalahan ini.

"Saya berpendapat kami agak terkejut pada 15 minit pertama," jelas Ancelotti. 

"Mereka berjaya menjaringkan gol seawal itu.

"Kami tidak bernasib baik dan gagal menyempurnakan peluang tetapi saya berpuas hati dengan prestasi berdepan Dortmund.

"Kami harus menerima keputusan ini dan melihat ke hadapan."

Bayern akan berkunjung ke Russia untuk berdepan Rostov untuk perlawanan Liga Juara-Juara pada Rabu.

Tentang Penulis

Ben Spratt

Komen