Luis Suarez berkata Barcelona bermain dengan lebih baik dalam pertembungan El Clasico berdepan Real Madrid di Camp Nou yang berkesudahan 1-1.

Suarez meletakkan Barca di depan menerusi tandukan pada minit ke-53 sebelum Sergio Ramos meledak gol penyamaan di hujung babak perlawanan selepas menerima hantaran Luka Modric, sekaligus memastikan kedua-dua pasukan mengutip satu mata.

The Catalans mendapat dua peluang keemasan menerusi pemain bintang, Lionel Messi dan Neymar, namun Suarez menegaskan pasukannya telah melakukan yang terbaik dalam perlawanan tersebut.

"Saya tidak tahu sama ada saya kecewa atau tidak," Suarez memberitahu BeIN Sports sebaik tamat perlawanan.

"Kami sedar bahawa bermain di laman sendiri, kami perlu tampil dengan aksi lebih baik dan mengekalkan momentum itu sehingga ke akhir perlawanan.

"Bagaimanapun, perkara sebegini sentiasa sahaja berlaku dalam bola sepak.

"Kami telah bermain dengan bersungguh-sunggh dan pada saya, kami tampil lebih ampuh dalam perlawanan ini. Kami telah melakukan apa yang terdaya."