Kami kalah, menang bersama -- Kroos

Oleh Ammar Hakim 27 Oktober 2020 301
Kami kalah, menang bersama -- Kroos
Toni Kroos menegaskan skuad Real Madrid masih meletakkan keyakinan kepada jurulatih, Zinedine Zidane, selepas pengendali itu berdepan kritikan di sebalik aksi kurang cemerlang sebelum ini.

Walauapun Real menuju aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Borussia Monchengladbach selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Barcelona, dua kekalahan berturut-turut kepada Cadiz dan Shakhtar Donetsk menimbulkan persoalan.

Kedua-dua kekalahan itu berlaku di laman sendiri, tewas 3-2 kepada Shakhtar -- di mana mereka ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama -- sebelum mereka terpaksa berada dalam kedudukan untuk mengejar dalam saingan Kumpulan B.

Kemenangan ke atas musuh tradisi di Nou Camp Sabtu lalu berjaya mengurangkan tekanan tersebut, namun satu lagi persembahan yang hambar di Eropah sekali lagi akan memberikan masalah buat Zidane sekali lagi.

Tetapi Kroos menegaskan kekalahan itu bukan berpunca daripada jurulatih.

"Bagi kami, tidak pernah ada keraguan dengan Zidane," katanya. "Kami kalah dan menang bersama.
 

"Mudah mengatakan apabila segalanya tidak berjalan dengan baik, wujudnya keraguan. Tetapi keputusan ke atas Barcelona tidak menunjukkannya.

"Bermain dengan Real, anda perlu menerima kritikan jika mengalami kekalahan. Perkara paling penting adalah cara untuk bangkit, Tetapi bukan hanya daripada satu kemenangan dan kami perlu meneruskannya."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen