Kaka dan Luis Fabiano memberikan penghormatan kepada salah seorang bekas jurulatih mereka, Oswaldo 'Vadao' Alvarez, yang meninggal dunia pada usia 63 tahun.

Vadao kali terakhir mengemudi pasukan wanita Brazil dalam Piala Dunia Wanita tahun lalu -- tempoh keduanya bersama skuad kebangsaan negara itu.

Dia meninggalkan jawatannya selepas tamat kejohanan itu, di mana pasukannya disingkirkan Perancis dalam pusingan 16.

Bekas pemain tengah itu lebih banyak menghabiskan karier kejurulatihannya dalam liga domestik Brazil termasuk di Corinthians dan Sao Paolo.

Kaka dan Luis Fabiano pernah bermain di bawah kendalian Vadao di Sao Paolo dalam musim 2001-02 dan gandingan itu memberikan penghormatan buat bekas ketua jurulatih mereka itu dalam media sosial.

"Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat anda kerana membuka pintu buat seorang remaja yang tidak dikenali sesiapa dan hanya sedikit yang mempercayainya," tulis Kaka dalam satu kiriman Instagram.

"Tetapi anda percaya, mengajar saya, memberikan saya peluang untuk terbang tinggi.

"Hari ini adalah hari yang amat sedih tetapi kenangan di dalam hati saya hanyalah kegembiraan. Berehatlah dengan tenang rakanku," katanya.

Minha eterna gratidão por você ter aberto as portas pra um garoto que ninguém conhecia e poucos acreditavam. Mas você acreditou, me ensinou, me deu oportunidades pra que eu pudesse voar. Hoje o dia é de muita tristeza, mas as lembranças que guardo no meu coração são de muitas alegrias!!! Descanse em paz meu amigo ?

A post shared by Kaká (@kaka) on


Dalam akaun Instagram rasminya, Luis Fabiano menambah: "Berehatlah dengan tenang Vadao.

"Anda merupakan seorang yang amat penting dalam karier saya.

"Ingatan saya buat seluruh keluarganya."