Ulsan mempamerkan aksi meyakinkan dalam pembukaan K-League 1 dengan menewaskan Sangju Sangmu 4-0 di Stadium Ulsan Munsu awal pagi tadi.

Jaringan berganda Junior Negrao dalam babak pertama, termasuk satu daripada sepakan penalti, disusuli dengan gol Lee Sang-heon pada minit ke-21 sebelum Yoon Bit-Garam melengkapkan kemenangan besar itu pada 15 minit terakhir.

Saingan musim ini ditangguhkan selama hampir tiga bulan berikutan pandemik Covid-19 tetapi bermula kelmarin menerusi perlawanan yang di menangi juara bertahan,Jeonbuk Motors, 1-0 ke atas Suwon Bluewings.

Dengan kesemua perlawanan kini dijalankan secara tertutup, Seongnam terlebih dahulu membenam Gwangju 2-0 semalam.

Incheon United dan Daegu FC pula terikat tanpa jaringan dalam satu lagi perlawanan.