Andrea Pirlo berasakan Juventus tidak cukup pemimpin yang 'memahami situasi' selepas mereka kehilangan dua mata kepada Hellas Verona dalam aksi Serie A awal pagi tadi.

Juara bertahan Serie A, Juve mendahului untuk kemenanga kedua minggu ini selepas Cristiano Ronaldo menanduk masuk gol buat pelewat dalam separuh masa kedua.

Tetapi jaringan Antonin Barak 13 minit sebelum tamat perlawanan menyelamatkan satu mata buat Verona, yang hampir memenangi kemenangan pada penghujung permainan namun percubaan Darko Lazovic berjaya diselamatkan Wojciech Szczesny.

Ketua jurulatih Juve, Pirlo, kecewa dengan cara Bianconeri kehilangan mata, selepas berusaha untuk mendapatkan gol pendahuluan ke atas pasukan yang mereka gagal menang dalam tiga percubaan.

"Kami memohon maaf kerana kami mengetahui ia adalah perlawanan yang sukar," kata Pirlo.

"Kami menilainya dengan baik. Kami juga mendahului permainan, di mana ia adalah perkara yang sukar tetapi kami gagal mengekalkan keputusan memihak Juve.

"Juve kurang agresif, terutama ketika mencipta peluang.

"Ini adalah isu-isu yang, sayangnya, pemain muda masih tidak mengerti, kerana ini membuat perbezaan dan membuat anda membawa pulang mata."


Apabila Aaron Ramsey digantikan ketika perlawanan berbaki 22 minit, enam daripada pemain Juve di bawah usia 23 tahun. Alessandro Di Pardo, diperkenalkan bagi menggantikan Federico Chiesa, merupakan yang ketujuh.

Sementara hanya Alex Sandro (147), Rodrigo Bentancur (102), Federico Bernardeschi (98), penjaga gol, Szczesny (92) dan Ronaldo (84) yang melakukan 50 penampilan dan lebih bersama Juve.

Di tengah kekurangan pengalaman, Pirlo beralih ke Alex Sandro dan Ronaldo untuk mengangkat rakan mereka, gagal melakukannya kerana pemain pertahanan itu gagal menghalang jaringan Barak sementara penjaring pembukaan mengakhiri permainan dengan meledak tujuh namun sekadar dua tepat ke sasaran.

"Apabila anda mempunyai kelebihan dalam permainan ini, anda harus berusaha membawanya pulang," kata Pirlo.

"Tetapi terdapat kekurangan pemain berpengalaman, banyak pemain muda, oleh itu hanya sedikit yang membuat diri mereka mendengar dan memahami situasi perlawanan.

"Sebenarnya, saya meminta Cristiano dan Alex membuat diri mereka didengari, untuk membuat orang memahami saat ini, tetapi sayangnya terlalu sedikit [pemimpin].

"Sanga tmengecewakan kerana kehilangan dua mata, kerana yang paling sukar adalah memimpin dan kami harus memanfaatkan peluang ini dengan lebih baik."