Juventus sah menandatangani Federico Chiesa daripada seteru Serie A, Fiorentina.

Selepas melengkapkan ujian kesihatannya semalam, pemain kebangsaan Itali itu sah menyertai Juve secara pinjaman selama dua tahun dengan bayaran €10 juta (RM48.9 juta).

Juve juga mempunyai pilihan untuk membeli pemain itu secara tetap dengan harga €40 juta (RM195.7 juta) dan mungkin meningkat sehingga €50 juta (RM244.6 juta).

Juve telahpun menguatkan pasukan dengan kedatangan gandingan tengah, Arthur dan Weston McKennie, selain Alvaro Morata di bahagian serangan.

Chiesa menjaringan 10 gol daripada 34 penampilan Serie A musim lalu dan turut menjaringkan satu gol daripada tiga perlawanan musim ini.

Pemain berusia 22 tahun itu pernah mewakili Brazil sebanyak 20 kali dan jaringan tunggalnya terhasil ketika pasukan kebangsaannya menewaskan Armenia 9-1 pada November 2019.