Juventus sah tandatangani pemain tengah daripada Udinese

Oleh Muzaffar Musa 4 Oktober 2020 199
Juventus sah tandatangani pemain tengah daripada Udinese
Juventus sah menandatangani Rolando Mandragora dengan yuran €10.7 juta (RM52.2 juta) tetapi pemain itu akan kekal di Udinese secara pinjaman.

Pemain yang pernah sekali mewakili Itali itu meninggalkan Juve secara tetap pada 2018 dan menjadi pemain tonggak dalam skuad utama Udinese.

Bagaimanapun, juara Serie A itu mengesahkan pembelian Mandragora semalam walaupun pemain berusia 23 tahun itu akan kekal berada di Udine.

Pembayaran itu akan dilakukan selama dua musim dengan Mandragora -- yang menikat kontrak bersama Juve hingga 2025 -- akan kekal di Udinese secara pinjaman sepanjang musim 2020-21.
 
Udinese juga memegang pilihan untuk melanjutkan tempoh pinjaman itu sehingga musim 2021-22.

Ketika tempoh pinjaman itu tidak memerlukan sebarang pembayaran, Juventus berkata Udinese mungkin akan menerima bonus sehingga €6 juta (RM29.2 juta).

Mandragora, bagaimanapun, telah direhatkan sejak Jun lalu berikutan mengalami kecederaan lutut.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen