Pengarah Juventus, Fabio Paratici, berkata Arthur perlu diyakinkan mengenai pertukaran ke Barcelona apabila mengesahkan rundingan dengan juara LaLiga itu sedang berjalan.

Arthur menjadi modal kepada pertukaran yang melibatkan pemain tengah Juve, Miralem Pjanic, walaupun bintang dari Brazil itu dilaporkan enggan meninggalkan Camp Nou.

Paratici menawarkan maklumat terkini mengenai situasi sebelum kemenangan 2-0 Juve ke atas Bologna dalam Serie A awal pagi tadi.

? #BolognaJuve REPORT: @Cristiano & @PauDybala_JR see us make a winning return to @SerieA action! ??

— JuventusFC (@juventusfcen) June 22, 2020


"Kami sering berurusan dengan Barcelona ​tetapi buat masa ini semua pasukan sedang mengharungi aksi penting jadi kami lebih cenderung untuk memberi fokus kepadanya," katanya kepada Sky Sport Italia.

"Ia bukan mengenai 30 Jun ini, sebelum atau sesudahnya, tetapi ia mengenai persetujuan yang perlu dicapai antara pelbagai pihak dan kedua-dua pemain harus yakin. Oleh itu, tarikh bukanlah satu masalah."

Arthur menyertai kelab gergasi Sepanyol itu daripada kelab Brazil, Gremio, pada 2018.

Pemain berusia 23 tahun, yang memberi kesan memberangsangkan dalam kempen pertamanya, telah membuat 26 penampilan dengan merakamkan empat gol musim ini.

Pjanic pula berada di Turin sejak meninggalkan seteru Itali, Roma, pada 2016 -- dengan membuat 35 perlawanan sepanjang 2019-20.