Juventus kembali gunakan jersi belang

Oleh Muzaffar Musa 31 Julai 2020 1609
Juventus kembali gunakan jersi belang
Cristiano Ronaldo akan kembali menyarung jersi belang hitam dan putih selepas Juventus melancarkan jersi baru di laman sendiri bagi kempen 2020-21.

Ronaldo menjaringkan gol pembukaan ketika pasukannya menewaskan Sampdoria 2-0 Ahad lalu, yang membantu Juventus menjulang trofi Serie A buat kali kesembilan berturut-turut.

Juve tidak menggunakan jersi belang musim ini kerana memilih untuk menggunakan seragam separa hitam dan putih.

Bagaimanapun, jersi belang itu -- dengan rekaan seakan-akan diberus -- akan kembali digunakan ketika mereka memburu Scudetto buat kalu ke-10 musim depan dengan Ronaldo dan Paulo Dybala antara bintang yang dipilih untuk memperagakan seragam baru Adidas itu, yang dilancarkan dengan cogan kata "belang kami, kenyataan kami", awal pagi tadi.

Dengan saingan liga di Itali masih belum tamat, permulaan kempen musim depan masih belum ditentukan.

Juve akan bertemu AS Roma dalam perlawanan liga terakhir di laman lawan awal pagi esok sebelum bertemu Lyon dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen