Cristiano Ronaldo akan direhatkan apabila Juventus bersiap untuk menghadapi Brescia dalam perlawanan Serie A malam ini.

Sepakan penalti oleh jaguh dari Portugal itu membantu pasukannya untuk mengikat Milan 1-1 dalam pertemuan pertama separuh akhir Coppa Italia, kelmarin, bagi meneruskan rentak jaringannya dalam setiap kejohanan sejak awal tahun ini.

Peluang pemenang lima kali Ballon d'Or itu untuk meneruskan rekod jaringan dalam sembilan perlawanan Serie A berturut-turut mungkin hanya akan berlaku ketika mereka bertandang ke SPAL minggu depan.


? The 20-man Bianconeri squad list for #JuveBrescia ⚪️⚫️#ForzaJuve #FinoAllaFine pic.twitter.com/x635CRc7qq
— JuventusFC (@juventusfcen) February 15, 2020

Ia juga akan menjadi penampilan ke-1000 Ronaldo dalam karier profesionalnya yang penuh gemilang.

Sekiranya menang, Juve akan menyamai mata yang dipungut pendahulu Serie A, Inter, tetapi pengurus, Maurizio Sarri, masih lagi kehilangan kuartet yang tercedera, iaitu Douglas Costa, Federico Bernardeschi, Sami Khedira, Giorgio Chiellini dan Merih Demiral.


Editor: Shaiful Shamsudin