BOLOGNA 0 JUVENTUS 3

Pemain terbaik perlawanan, Miralem Pjanic, gembira dengan persembahan Juventus yang kekal memberikan tekanan kepada pendahulu Serie A, Napoli, menerusi kemenangan 3-0
ke atas Bologna, semalam.


Kekalahan Inter kepada Udinese kelmarin membenarkan skuad kendalian Massimiliano Allegri itu kembali menghuni tangga kedua dan mereka kini ketinggalan satu mata di belakang Napoli.

Pertembungan penting berdepan Roma seterusnya serta aksi Coppa Italia yang akan menyaksikan Juve bertemu Genoa, menjadikan ini minggu yang sibuk tetapi Pjanic muncul sebagai pencetus inspirasi buat The Old Lady.

Penjaga gol Bologna, Antonio Mirante, mencari jawapan kepada sepakan percuma pemain kebangsaan Bosnia-Herzegovina itu, sebelum melakukan umpanan buat Mario Mandzukic sebelum tamat separuh masa pertama.

"Kami telah berjaya memastikan perlawanan dalam tangan kami tetapi terdapat beberapa kekurangan yang harus diperbaiki," kata Pjanic.

"Tetapi kami tidak membenarkan Bologna sebarang ruang sepanjang 90 minit. Ia adalah sesuatu yang sukar kerana Bologna sentiasa mempamerkan aksi terbaik di laman sendiri.

"Kami telah mempamerkan aksi terbaik dan saya berasakan Allegri berpuas hati dengan persembahan kami. Ia merupakan tiga mata yang berharga buat Juve," katanya.