Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino, memberikan pujian kepada Kylian Mbappe.

Mbappe dijangka bakal menyertai juara LaLiga, Real Madrid, tetapi PSG kekal komited untuk memperbaharui kontrak bintang itu -- yang bakal berakhir pada 2022.

Pemain berusia 22 tahun itu telah gagal meledak gol selepas empat perlawanan, manakala menghasilkan dua gol terakhir dalam lapan perlawanan bersama PSG.

Pochettino telah ditanya mengenai peluang untuk memperbaharui kontrak pemenang Piala Dunia, Mbappe, yang meledak 12 gol dalam 16 aksi Ligue 1 musim ini.

"Kelab sedang berusaha sebaik mungkin dan dia memiliki masa depan yang panjang bersama kami," katanya.

"Jurulatih mana yang tidak mahu bekerjasama bersama Mbappe?".