Bekas pemain negara, Junior Eldstal, tidak sabar-sabar untuk membuat kemunculan semula bersama Harimau Malaya selepas enam tahun menyepi di peringkat antarabangsa.

"Matlamat saya sebaik memutuskan untuk beraksi semula ialah bermain bersama Malaysia.

"Ia sebagai satu penghargaan yang besar apabila jurulatih (Tan Cheng Hoe) mempertimbangkan khidmat saya.

"Tetapi fokus saya ketika ini ialah menghabiskan liga dam Piala FA bersama Chonburi FC," katanya ketika disoal wakil Astro Arena, Fina Nasrom.

Great way to end the season. First goal In the Thai League & Chonburi FC ???

Posted by Junior Eldstål on Monday, March 29, 2021


Junior kini lebih bersedia untuk membantu skuad negara dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) 3 Jun depan selepas melewati tempoh sukar ekoran kecederaan dan prestasi merudum.

Penampilan kali terakhirnya bersama skuad kebangsaan ialah ketika siri persahabatan menentang Fiji pada 2016.

Selepas lima tahun, pemain berdarah campuran Malaysia-Sweeden itu kembali membuka mata barisan kejurulatihan skuad negara sebaik penampilannya dalam Liga Thailand berkesan.

Junior mencetak jaringan penyamaan pada saat-saat akhir sekali gus menyelamatkan pasukannya daripada tewas di tangan Rayong FC pada 28 Mac lalu.

Menjangkau usia 30 tahun, Junior kini lebih matang di atas padang dan yakin mampu memberi impak bersama skuad negara andai diberi peluang kedua.

"Ramai yang mengatakan saya sudah tidak boleh bermain lagi, masih berat, sudah tidak mampu mencapai prestasi terbaik lagi jadi ia memerlukan kegigihan dan usaha keras di luar padang untuk melakukannya.

"Saya banyak membuat kesilapan ketika muda terutama dalam hal berkaitan bola sepak.

"Selepas perlawanan saya tidak menjaga aspek fizikal; pemakanan, tidak cukup rehat dan latihan.

"Apapun, bagus melakukan kesilapan ketika muda (sebagai pengajaran)."