Junior Eldstal menyambung pengembaraannya bersama Chonburi FC untuk tempoh semusim lagi kerana berpandangan ada misi yang belum selesai di sana, lebih-lebih lagi mengakhiri kempen musim lalu di tangga ke-12 dalam kalangan 16 pencabar.

Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu sempat berkongsi detik manisnya membantu Chonburi muncul juara Piala FA Thailand.

Sungguhpun menjalani penggantungan dalam final yang menyaksikan pasukannya menang menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Chiangrai United, dua minggu lalu, dia tetap berpuas hati ketika menyingkirkan naib juara liga, Buriram United, 2-1 dalam perlawanan separuh akhir.

"Saya agak (tidak berapa kisah).

"Ini kerana tiada siapa yang menjangkakan kami akan menang dengan Buriram.

"Apabila kami terdengar mereka menganggap sudah boleh terbayang ke final sekiranya mendahului separuh masa pertama, ia membuatkan semangat kami berkobar-kobar," katanya menerusi perbualan mayanya bersama wartawan Astro Arena, Shahrazad Sani.


สโมสร ชลบุรี เอฟซี มีความยินดี ที่จะประกาศยืนยัน ว่า จูเนียร์ เอลด์สตอล ????? ได้ทำการต่อสัญญาฉบับใหม่ กับ สโมสร ออกไปเป็นที่เรียบร้อยแล้ว #BelieveInFuture #BelieveInBlues #เชื่อที่จะชล #ChonburiFC2021

Posted by Chonburi Football Club on Tuesday, April 20, 2021


Dia juga menjangkakan akan pulang ke Malaysia pada 20 Mei depan bagi menyertai kem kebangsaan negara sebagai persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sambil berharap diberi peranan di bahagian pertahanan tengah yang kini semakin serasi dengannya.

"Manalah tau kalau dikenakan kuarantin.

"Ketika di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal yang dibantu Tan Cheng Hoe, saya beraksi sebagai pemain tengah bertahan.

"Tapi dengan kematangan, saya banyak belajar.

"Walaupun saya berat (lembab), tapi saya boleh baca perlawanan dengan baik."