Juara Piala Dunia Kelab bagaikan mendarat di bulan -- Klopp

Oleh Penulis Jemputan 21 Disember 2019 6194
Juara Piala Dunia Kelab bagaikan mendarat di bulan -- Klopp
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata memenangi Piala Dunia kelab bagaikan "mendarat di bulan" ketika The Reds sedang memburu kejuaraan pertama dalam kejohanan itu.

Penyandang juara Liga Juara-Juara Eropah itu akan bertemu pasukan gergasi Brazil dan juara Copa Libertadores, Flamengo, dalam final Piala Dunia Kelab di Doha awal pagi esok.

Liverpool tewas dalam Piala Antara Benua -- yang mempertemukan juara Liga Juara-Juara Eropah dengan juara Copa Libertadores -- pada 19981 (kepada Flamengo) dan 1984 (Indipendiente) sebelum kejohanan itu disatukan menjadi Piala Dunia Kelab pada 2005 dan The Reds tewas kepada Sao Paulo pada tahun yang sama.

"Saya tidak tahu bagaimana anda menggambarkan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ia ibarat mendarat di bulan," kata Klopp kepada wartawan.

"Ia lebih bermakna buat mereka (penyokong di Amerika Selatan) tetapi untuk pemain? Tidak.

"Adakah ia lebih bermakna buat Tottenham dalam final Liga Juara-Juara? Adakah ia lebih bermakna buat Chelsea (dalam final Piala Super)?

"Setiap kali pemain kami bermain bola sepak, mereka menunjukkan yang mereka mahu menang.

"Adakah ia satu kelebihan apabila seluruh negara atau benua lebih mahukan Flamengo menang? Saya tidak tahu.

"Mexico lebih mahu untuk menang berbanding mereka yang berada di England tetapi kami menewaskan mereka, jadi kita akan lihat.

"Bagi pemain, ia tiada masalah.

"Kami sudah berbincang beberapa bulan lalu mengenai bagaimana kami akan melaluinya.

"Ia bukan bermakna mereka boleh membuat keputusan tetapi mengenai bagaimana mereka melihatnya.

"Mereka berkata: 'Kami mahu!' dan sejak itu ia tidak pernah berubah.

"Pemain kami 100 peratus jelas mengenainya.

"Mereka tidak memerlukan Ali (Alisson) untuk berkata, Bobby (Firmino) untuk berkata atau Fabinho untuk berkata mengenai kepentingan kejohanan ini.

"Mereka pemain bola sepak, mereka ahli sukan dan mereka mahu memenangi setiap kejohanan yang mereka mampu.

"Bunyinya seperti ini: pasukan yang memenangi Piala Dunia.

"Anda tidak selalu berpeluang untuk melakukannya dan untuk kebanyakan mereka, dengan negara yang mereka wakili, mereka tidak berpeluang untuk memenangi Piala Dunia, jadi ini satu-satunya peluang mereka.

"Termasuk saya juga. Tetapi saya kisah tentang saya?

"Saya tidak berasa tertekan tetapi saya fikir ia peluang besar dan saya mahu melakukannya," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen